Saturday, February 18, 2012

8 Perkara Wajib Anda Harus Tahu Jika Nak Beli Rumah Lelong

Hi apa khabar semua? Ini adalah post pertama dalam blog saya. Saya ingin berkongsi sikit pengetahuan yg saya perolehi melalui pembacaan dibuku, surat khabar, majalah dan internet mengenai property auctions atau dikenali rumah lelong.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini rumah lelong dah menjadi semakin popular dan diterima ramai untuk mendapatkan rumah yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Dalam diam-diam je dah ramai yang dah kaya dan ada yang dah jadi jutawan, contohnya Azizi Ali.


Ini adalah semua perkara yang perlu anda wajib tahu mengenai rumah lelong

1.  Apa itu rumah lelong?
 Rumah lelong ini biasanya dilelong apabila owner gagal menjelaskan pinjaman rumah. Hutang ini akan dipulihkan oleh bank melalui lelong je.

2. Dimana nak mencari rumah lelong?
Tu kat tepi jalan ada “bank lelong” signs,  rumah lelong ni akan diiklankan di surat khabar dan paling senang pi ke website macam cimbbank.com.my/propertymart, auctions.com.my, lelongtips.com dan terakhir iproperty.com.my.

3. Apakah fungsi ejen?
Papan tanda kat tepi jalan tu biasanya dipasang oleh ejen. Mereka tu bantu jualan dan menbimbing anda cara bagaimana membeli rumah semasa lelongan. Senang cerita, bila mereka dapat jual mereka dapat duit lo. Siapa bagi ejen duit kalau bukan bank, jadi kita tak perlu bayar kat diorang le.

4. Adakah rumah lelong tu ada nasib buruk atau sial?
Cara terbaik ialah check sendiri dengan tuan rumah atau jiran rumah tu.

5. Bagaimana saya mengbida? Bid ja
Senang je, selepas daftar mereka akan beri satu pad. Angkat je pad untuk bida, biasanya lelongan mula pada harga reserve atau lebih tinggi jika ada beberapa pembida.

6. Apa itu reserve price?
Reserve price ialah harga tertinggi yang dibida oleh pembida.

7. Bagaimana jika saya menang?
Sign je surat confirm bidaan dan mereka akan iringi anda ke suatu kawasan disana juga untuk sign contract, pas tu bayar deposit 10% dgn bank draf dan balancenya di bayar dgn cash. Lepas tu cari lawyer dan bank untuk kontim.

8. Apa akan berlaku jika saya gagal mendapat pinjaman?
Jika anda tidak settle kan baki 90% dalam masa 90-120 hari, charge tambahan akan berlaku dan deposit 10% mungkin akan hangus menjadi abu.

Oklah masa dah lewat malam, setakat ni je saya kongsi. Esok nak kena kerja, so bye-bye lo. Mungkin post kedua saya adalah mengenai proces menbeli rumah lelong. Sebarang komen silakan, kalau nak share dgn kawan ok je.

No comments:

Post a Comment