Saturday, February 25, 2012

Nak tahu tak cara process untuk membeli rumah lelong?

Property auctions atau rumah lelong mengalami evolusi dari penjualan paksaan atau rumah yang dianggap bernasib malang telah berubah menjadi satu cara untuk mendapatkan rumah dibawah harga pasaran, itu yang cool.

Nak tahu tak cara process untuk membeli rumah lelong? Ni dia caranya:

1. Buat spot check rumah yang ingin dibeli
Pi tanya tuan rumah atau jiran sebelah ada tak sebarang kecacatan macam anai-anai, sejarah hitam atau apa-apa je la.

2. Dapatkan Proclamation of sale (POS) dari ejen atau pelelong
POS ini akan berikan maklumat standart rumah seperti status pegangan, sebarang peraturan dan samada bank akan bayar tunggakkan hutang atau tidak.


3. Pi cari pejabat tanah atau pemaju
Confim dgn pejabat tanah tentang maklumat dalam POS adalah benar, ini macam biasalah kena bayar RM30. Jangan lupa periksa dengan pemaju atau ofis  pengurusan tentang tunggakkan hutang lama.

4. Dapatkan bank draf sebagai deposit
Deposit untuk pelelong atas nama bank. Bagi rumah Loan Agreement Cum Assignment (LACA) depositnya 5% je, bagi rumah non LACA pula deposit 10% la.

5. Layakkan diri untuk mendapatkan pinjaman
Selain 10% downpayment, baki 90% perlu dilunaskan dalam masa 90-120 hari untuk mendapatkan baki 90% pinjaman, bawa POS pi ke bank dan tanya pegawai pinjaman samada anda layak tak. Settle kan cepat2 sebab 90-120 hari kejap je masa berlalu.

6. Selesaikan borang pendaftaran lelong
 Ingat selesaikan borang pendaftaran lelong sebelum hari lelong atau pada hari tersebut. Anda akan menerima surat yang mengatakan ada berapa pembida untuk lot rumah yang anda nakkan dan syarat penjualan.

7. Buat bidaan pada lelongan
Tempat lelong ini berbeza bagi jenis rumah
LACA: Apartment dan condominium yang biasa dijual. Tempatnya pula dihotel atau premis pelelong.
Non LACA: Tempat di mahkamah tinggi atau pejabat tanah.

Sekian sekian jelah perkongsian saya pada hari ini jelah ok, bye bye

No comments:

Post a Comment